CARI PAKEJ UMRAH 2023 / 2024 HOTEL DEKAT DENGAN MASJID?

  • Jarak 50 meter sahaja dari hotel
  • Mudah ulang alik antara masjid dan hotel
  • Sesuai untuk mak ayah yang berumur dan keluarga

CARI PAKEJ UMRAH 2023 HOTEL DEKAT DENGAN MASJID?

Mudah ulang alik ke masjid dan sangat disarankan untuk mak ayah yang berumur dan mereka yang uzur.

BErapa harga pakej umrah?

Promo Khas Pakej Umrah 2023/2024

Kami menyediakan pakej mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Ada sebahagian mungkin lebih mementingkan jarak biarpun mahal sedikit. Dan ada sebahagian mungkin tak kisah jarak hotel yang jauh sikit dari masjid, janji harga lebih jimat.

JAULAH QURAN

Kembara Al Quran Di Bumi Haramain bersama Sahabat Quran Malaysia.

Jaulah bermaksud KEMBARA.

Sepertimana yang kita tahu Al Quran diturunkan di tanah haram Mekah & Madinah. Adalah menjadi satu kerugian, jika setiap tetamu Allah tidak mengambil kesempatan untuk benar-benar mengenali Al Quran.

Oleh itu kami ingin membawa seramai mungkin Sahabat Quran menunaikan umrah melalui Program Amazing Umrah JAULAH QURAN – Kembara Al Quran di Masjid Nabawi & Masjidil Haram.

Program ini akan bermula sebaik sahaja para Sahabat mendapat tempat duduk dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Madinah.
.
Semua jemaah akan membuat bacaan masing-masing secara individu selama 12H10M dan saling dorong mendorong antara satu sama lain bagi menyelesaikan bacaan masing-masing.

Para sahabat akan dibimbing sepenuhnya oleh mutawwif berpengalaman bagi menunaikan 3x Umrah dan akhir sekali Majlis Khatam Quran akan disempurnakan di Masjid Nabawi & Masjidil Haram diikuti dengan Penyerahan Sijil Penyertaan.
.
Alhamdulillah lebih daripada 3000 sahabat berjaya menyelesaikan program ini dengan jayanya.

Kumpulan seterusnya akan diterbangkan pada 16 Ogos 2022 diikuti dengan kump penerbangan 14 September, 1 October, 9 Nov & 16 Dec 2022.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan menerima seluruh jemaah Amazing Umrah sebagai tetamu yang paling Istimewa dengan dianugerahkan umrah maqbullah tiada balasan lain selain dari Syurga Allah. Aamiin
.
Akhir kata kami ingin mempelawa Hj & Hjh semua untuk merasai sendiri nikmat terbesar yang Rasulullah saw wariskan pada kita – Al Quran Nur Kareem di tanah haram bumi penuh barokah.

APA ANDA AKAN DAPAT?

Kelebihan istimewa untuk anda

Membuat pilihan agensi umrah yang tepat amat penting agar anda dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan dapat sebuah memori yang bermakna.

*Speed train hanya untuk pakej eksklusif sahaja.

Mutawwif Khas

Anda akan dibimbing oleh Mutawwif kami yang berpengalaman dan mesra jemaah. Saiz jemaah kami juga kecil supaya lebih tumpuan dapat diberikan.

Speed Train

Perjalanan dari Mekah ke Madinah @ Madinah ke Mekah dengan menaiki Speed Train, hanya mengambil masa 2 jam.

Ziarah Khas

Ada beberapa tempat khas yang akan diziarahi seperti Taif, Telaga Iziq dan lain-lain bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Dinner Khas

Makan malam untuk semua jemaah di Ladang Kurma Aryaf Taibah.

banyak lagi kelebihan lain

8 kelebihan tambahan mengapa anda harus memilih kami?

Kami berusaha untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada anda, supaya anda dapat menunaikan ibadah umrah dengan sebaiknya.

Free luggage & cenderahati

Basic Cenderahati

  • Buku panduan ibadah umrah
  • Al-Quran Perkata Mu’jam
  • Buku himpunan zikir harian pagi & petang
  • Buku panduan solat mengikuti sunnah Nabi
  • Buku pilihan doa
  • Uncang kasut
  • Sling bag

Fullset Cenderahati (Untuk Pakej Eksklusif Sahaja) 

  • Luggage bag bersaiz 24″
  • Luggage (cabin bag) bersaiz 20″

*Luggage percuma untuk pakej umrah eksklusif sahaja. Pakej ekonomi hanya akan dapat basic cenderahati.

agensi PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Lebih 3,000 jemaah telah melaksanakan umrah melalui Amazing Umrah

TESTIMONI JEMAAH AMAZING UMRAH

Apa kata mereka tentang kami?

Saya dah survey banyak pakej tapi akhirnya Allah temukan kami dengan #AmazingUmrahTravel. Kami tertarik dengan pakej ini sebab program Khatam Quran yang dibuat di Madinah dan Mekah.
Puan SALZIAH
Jemaah Amazing Umrah
Alhamdulillah. Saya pilih Amazing Umrah sebab servis terbaik dari staff dari Group Leader sampai Mutawwif2 yang di pilih oleh Amazing. Hotel pun dekat bagi yang oldies.
Hajah Monirah Yusoff
Jemaah Amazing Umrah
Pengalaman yang memang AMMMAZINGGG laa. Mutawwif banyak membantu dari segi sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar hal. Dan alhamdullilah kami dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.
Puan rosmi
Jemaah Amazing Umrah
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. U elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Puan xxxxx
Jemaah Amazing Umrah

Soalan Yang Kerap Ditanya

Anda ada sebarang persoalan? Boleh rujuk FAQ di bawah.

TEMPAHAN DAN BAYARAN PENDAHULUAN
Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh bertolak. Bayaran pendahuluan sebanyak RM1000.00 hendaklah diserahkan /di bank-in ke dalam akaun syarikat. Sebarang transaksi tunai melalui agen atau akaun persendirian adalah menyalahi Akta Industri Pelancongan 1992.

BAYARAN PENUH
Bayaran penuh hendaklah dibuat tidak kurang daripada 40 hari sebelum tarikh berlepas. Bayaran menggunakan cek hendaklah dibuat 50 hari sebelum bertolak.

BAYARAN TAMBAHAN BAGI BILIK PERSEORANGAN ATAU MEMILIH BILIK
Susunan bilik ditentukan oleh pihak syarikat di setiap destinasi. Jika jemaah memilih untuk bersendirian atau disebabkan keadaan memilih bilik yang lebih baik daripada yang disediakan untuk pakejnya, jemaah hendaklah membuat tambahan harga.

PEMBATALAN
Sekiranya terdapat jemaah yang ingin membatalkan tempahan, mereka perlu memberitahu Amazing Umrah Travel Sdn Bhd secara bertulis (bagi mengelakkan salah faham).

Wang pembatalan akan dikenakan seperti berikut:-
a) Deposit pendaftaran (RM1000.00) : Tidak dikembalikan
b) Sebelum 31 hari daripada tarikh berangkat : 50% daripada harga pakej.
c) 15 hingga 30 hari daripada tarikh berangkat : 70% daripada harga pakej.
d) Kurang daripada 15 hari sebelum berangkat : 100% daripada harga pakej.

Bayaran berikut juga akan diambil kira dan dikenakan:-
a) Bayaran visa penuh sekiranya urusan visa telah dibuat.
b) Surcaj/penalti tiket sekiranya penempahan tiket telah dibuat.
c) Surcaj hotel sekiranya penempahan hotel telah dibuat.
d) Bayaran RM200 sekiranya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.

Tiada bayaran balik sekiranya peserta tidak hadir waktu berlepas. Pembayaran yang telah dibuat tetapi tidak mencukupi pada tarikh yang ditetapkan, nama peserta akan dibatalkan dari tempahan. Pemulangan bayaran akan dikembalikan selepas 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.

DOKUMEN PESERTA
Dokumen lengkap mesti diserahkan 40 hari sebelum bertolak.

Dokumen yang diperlukan bersama permohonan umrah adalah:-

  • Passport antarabangsa yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan daripada tarikh ketibaan di Arab Saudi serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.
  • Salinan kad pengenalan (Disahkan oleh JPN)
  • Buku/sijil suntikan Meningitis (ACYW135)
  • Surat vaksinasi atau sijil kesihatan sekiranya dikehendaki oleh pihak berkuasa.

4 keping gambar mengikut syarat-syarat berikut:-

  • Berlatar belakang warna putih.
  • Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
  • Jarak kepala ke dagu 4cm
  • Jarak telinga ke telinga 3cm
  • (Close-up 70 to 80%)
  • Lelaki tidak memakai songkok atau kopiah.
  • Berbaju gelap/hitam untuk lelaki.
  • Bertudung hitam/gelap bagi wanita.
  • Salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri (Disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  • Salinan sijil lahir anak bagi jemaah yang membawa anak. (Disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan kad pengenalan mahram. (Disahkan oleh JPN)

Pihak syarikat akan memaklumkan dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes dan permintaan pihak pengurusan visa / kedutaan Arab Saudi.

INSURAN PERJALANAN (TRAVEL INSURANCE)
Jemaah digalakkan untuk membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka dairpada kemalangan, penyakit, kehilangan wang atau bagasi, pembatalan dan kelewatan penerbangan.

Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan ubat-ubatan dan hospital. Pihak syarikat juga tidak akan menanggung kos perbelanjaan untuk apa jua aktiviti selain daripada yang telah disediakan oleh pihak syarikat.

HARGA PAKEJ
Harga yang tertera di brosur atau laman web adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Harga yang dinyatakan adalah belum muktamad. Ia boleh berubah tanpa sebarang notis tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api, cukai, tempat duduk, bilik hotel atau kekosongan tempahan lawatan.

Harga akhir akan dinyatakan semasa pengeluaran tiket atau invois akhir beserta jadual perjalanan.

Segala penambahan untuk harga pakej hendaklah dijelaskan sebelum bertolak. Jika bayaran penuh tidak dijelaskan pihak syarikat berhak memotong nama jemaah daripada senarai pakej. Pemulangan wang akan dibuat dalam tempoh 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.

TIKET
Tiket yang telah ditempah/dikeluarkan tidak boleh dikembalikan atau ditukar kepada nama penumpang yang lain. Penumpang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan tiket tersebut. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab dengan pengurusan visa sekiranya penumpang hanya membeli tiket sahaja dengan pihak syarikat.

Susunan tempat duduk dalam penerbangan untuk tempahan berkumpulan adalah tertakluk kepada peraturan syarikat penerbangan.

Semua lebihan timbangan berat bagasi adalah tanggungjawab peserta sendiri. Peserta hendaklah menguruskan bagasi masing masing untuk pemeriksaan kastam dan daftar masuk bagasi ke dalam pesawat.

Sekiranya kehilangan bagasi/barang daripada pesawat, peserta hendaklah membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan kerana ia di bawah tanggungjawab syarikat penerbangan.

Aturcara pakej yang dibuat adalah berdasarkan jadual penerbangan dan perancangan pengurusan di Malaysia. Sebarang tarikh, laluan dan masa penerbangan (Reschedule) adalah tertakluk kepada pihak penerbangan dan pengurusan agen kami di dalam dan luar negara.

HOTEL DAN PENGINAPAN
Pihak syarikat tidak akan bertanggung jawab atas segala ganti rugi jika hotel/penginapan yang dijanjikan tidak dapat dipenuhi. Walau bagaimanapun, pihak syarikat akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan hotel/penginapan yang setaraf dengannya. Pemilihan bilik untuk bersama keluarga hendaklah diberitahu kepada syarikat secara bertulis. Ini akan cuba dipenuhi mengikut kemampuan. Penyusunan bilik akan ditentukan oleh pihak syarikat.

TANGGUNGJAWAB
Semasa di tanah suci, pihak Amazing Umrah Travel Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan sajian makanan, penginapan dan segala keperluan seperti di dalam aturcara perjalanan. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecederaan, kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan tempat penginapan, pengangkutan atau lain-lain perkhidmatan yang berhubung secara langsung atau tidak langsung akibat kecuaian jemaah, kebakaran, bencana alam dan sebagainya.

Pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan boleh mengenakan sebarang sekatan atau syarat-syarat perjalanan tambahan pada bila-bila masa.

Pihak syarikat berhak untuk menukar aturcara perjalanan, tempat penginapan dan lain-lain tanpa sebarang notis kepada jemaah. Sekiranya perlu, pihak syarikat berhak untuk membatalkan acara rombongan sekiranya terpaksa dan segala pembayaran yang dibuat akan dikembalikan.

Sekiranya ada pengaduan jemaah hendaklah dibuat secara bertulis (rasmi) semasa di tanah suci kepada wakil syarikat atau ketua rombongan untuk diperbaiki.

Syarat dan peraturan di atas hendaklah dibaca. Semua jemaah yang akan mengikuti pakej umrah dan ziarah dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di atas.

Anda boleh layari portal Saudi eVisa di https://visa.visitsaudi.com/

Ya, perlu. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah. Sila rujuk maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements

Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah. Mutawwif/ustaz daripada Amazing Umrah akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah.

Bagi pasangan dengan bayi, anda disyorkan untuk memohon kerusi bassinet atau skycot. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Namun begitu, kerusi bassinet atau skycot adalah tertakluk pada permintaan dan bergantung pada ketersediaan. Anda juga boleh merujuk perkara ini di sini https://www.flyingwithababy.com/what-are-the-best-seats-on-a-plane-and-info-on-baby-bassinets/

4 jenis beg (bagasi 24”, bagasi 9”, beg sandang, beg uncang kasut), buku panduan Umrah dan Buku zikir harian.

Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. Anda hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.

Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah. Jemaah Umrah juga perlu mendapatkan vaksin yang diperlukan seperti vaksin influenza dan meningokokus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Umrah.

Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.

Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi atau tarikh lain namun tertakluk pada ketersediaan.

ITEM YANG DIPERLUKAN

  • Pasport
  • Kad pengenalan
  • Tiket kapal terbang
  • Rekod Vaksin
  • Gambar berukuran pasport bersaiz 4 cm x 6 cm
  • Sijil pernikahan
  • Duit
  • Nombor telefon dan alamat
  • Ubat-ubatan
  • Surat pengesahan doktor (untuk individu dengan masalah kesihatan)
  • Air garam/air minuman
  • Gunting lipat tahalul (kecil)
  • Kayu sugi (miswak)
  • Selipar getah
  • Sejadah
  • Tali pinggang/beg pinggang
  • Sabun tanpa wangian
  • Botol penyembur (untuk mengambil wudhu)
  • Power bank

KHUSUS UNTUK LELAKI

  • Kain Ihram
  • Pakaian yang selesa
  • Pakaian dalam (kain kapas)

KHUSUS UNTUK WANITA

  • Skarf/Hijab & Abaya
  • Anak tudung
  • Pengikat/klip rambut
  • Beg kecil/dompet
  • Tuala wanita/pad
  • Pin

Pakaian dalam (kain kapas)

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari. Anda boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.https://help.visitsaudi.com/hc/en-us/articles/360009422839-Can-I-perform-Umrah-on-the-visit-visa-as-an-unaccompanied-woman-without-a-male-relative

Nak tempah pakej umrah 2022 bersama kami?

Sila isi borang di bawah dan anda akan dibawa ke team Whatsapp kami.